Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)

Pengenalan

Peranan utama Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan kelautan serta menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan dan memberi khidmat yang berkaitan dengan bidang berkenaan seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan, Teknologi Alam Sekitar, Maritim, Fizik Elektronik dan Instrumentasi serta Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim. Penawaran program-program dalam bidang sains dan teknologi oleh pusat pengajian ini merupakan langkah pragmatik ke arah membangunkan sumber manusia yang bukan sahaja terlatih dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteran kelautan, tetapi mampu bersaing, mempunyai jati diri dan akhlak mulia bagi menampung keperluan tenaga kerja yang baik untuk membina “Negara Perindustrian Baru Yang Mesra Alam”. 

Program yang ditawarkan

a) Program Prasiswazah (pengambilan tempatan):
           i. Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi)
          ii. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
         iii. Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
         iv. Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)

b) Program Pasca Sarjana (pengambilan tempatan & antarabangsa)
          i. Sarjana Sains (Penyelidikan)
         ii. Doktor Falsafah (Penyelidikan)

[Sumber: PPKK]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia

Tel. : 609 668 3990
Fax: +609 668 3991
E-mel: ppkk@umt.edu.my

Laman web: http://soe.umt.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/officialPPKK/